Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah.
Allah buka pintu hati aku untuk aku jenguk semula blog ni
Pada saat aku baca satu post dalam blog ni ( post sebelum ni bertajuk rezeki), aku tanya diri aku, betul ke post tersebut aku yang tulis?
Aku pernah 3 tahun bersekolah di madrasah. Dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga. Point kenapa aku cakap aku pernah sekolah di madrasah bukan sebab aku nak menunjuk, tapi sebab ianya ada kena mengena dengan cerita aku selepas ini.
Kemudian tingkatan 4, aku berpindah ke sekolah menengah biasa. Saat awal aku pindah, aku terfikir nak bersihkan blog ni, nak buang post post yang lagha dan tak sepatutnya.
Bila harini aku jenguk semula blog ni, aku terfikir, kenapa aku semakin lama semakin jauh dari jalan yang sepatutnya. Aku tulis post tersebut pada saat aku masih menjadi hamba Allah yang sentiasa mengharapkan hidayah dariNya. Aku baca post tu berulang kali, air mata aku jatuh berjurai jurai sedangkan aku bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata. Aku tepuk dada, aku tanya diri aku, aku jerit pada muka aku sendiri dalam cermin, apa dah jadi dengan diri aku?
Dulu sewaktu aku masih di madrasah, aku pakai tudung labuh, baju labuh, pakai stokin, jaga pandangan.
Sekarang, tudung aku makin singkat makin singkat, baju makin kurang labuhnya, stokin? Heh, aku pakai pergi sekolah jelah, pergi jalan memang takdanya nak pakai. Pandangan mata? Aku masih menjaga sikit, sebab aku memang tak biasa berdepan dengan lelaki. Kenapa? Sebab masa di madrasah memang aku dididik untuk memelihara pandangan.
Dulu masa di madrasah, solat awal waktu, setiap kali lepas solat tak pernah miss baca al-quran, ada peluang masa lebih je buat solat sunat, belajar tu tak pernah lupa untuk sentiasa ingat Allah, sentiasa pelihara ilmu agar Allah berkati segala-galanya.
Sekarang, semua tu biarlah ada dalam pengetahuan aku seorang. Aib aku, aku perlu pelihara. Cuma disini aku tahu pembaca faham perubahan aku, cuma tak berubah banyak sebab umi dengan ayah sentiasa ingatkan tentang solat sebab apa? Sebab suatu ketika dulu aku pernah berada di tempat yang paling utuh di hati mereka. Dulu mereka sayang aku sangat-sangat. Sebab apa?
Sebab aku ikut kehendak kedua ibu bapa aku untuk belajar di madrasah, dengan impian aku boleh jadi ustazah, jadi pejuang dalam agama aku sendiri, jadi seseorang yang terpaut hatinya pada Allah dan Rasulullah walau dimana dia berada. Tapi lepas pmr, aku terfikir untuk kejar cita-cita aku, aku nak pindah memandangkan dekat madrasah tak ada aliran sains tulen. Mereka bimbang aku tak mampu jaga diri aku, mereka bimbang aku lupa apa yang telah aku belajar di madrasah dulu, mereka bimbang usaha mereka tempatkan aku di madrasah sia-sia.
Tapi, aku degil. Aku cakap aku nak kejar cita-cita aku! Aku berkeras, aku nak jadi doktor! Aku cabar diri aku, aku cakap pada mereka aku mampu jaga diri aku, aku mampu jaga iman! Hahaha aku cakap aku mampu jaga iman, sedangkan iman itu bukan calang-calang orang yang mampu jaga iman mereka. Iman itu agung. Iman itu hati dan jiwa yang sentiasa mengingati Allah dan Rasulullah, sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, sentiasa meningkat ibadah yang dilakukan, sentiasa terpelihara agamanya, sentiasa meletakkan malunya paling hadapan ketika membuat sesuatu perkara.
Tapi apa yang berlaku pada diri aku sekarang? Aku berubah. Aku dah tak macam dulu. Aku dah makin jauh dari jalan Allah, aku dah makin tercicir dari landasan yang sepatutnya aku lalui. Berbaloi ke aku kejar cita-cita aku tapi iman aku makin lama makin tercicir. Ya aku tahu, iman bukan terletak pada dimana seseorang itu sekolah, tinggal atau dalam keluarga yang macam mana orang itu berada. Tapi bila aku di madrasah, aku rasa lebih terpelihara berbanding sekarang. Itu yang aku rasa. Itu diri aku. Itu pandangan aku.
Fikir punya fikir, aku sedar bukan sekolah yang membentuk iman aku, walau aku berada di sekolah macam mana sekalipun, aku yang perlu sesuaikan diri aku, bukan keluarga yang memelihara iman aku, tapi diri aku. Aku yang sepatutnya jaga diri aku, fikir dalam membuat sesuatu keputusan, aku yang sepatutnya jaga iman aku, aku sepatutnya jaga hati aku dari terpengaruh dengan perkara yang sia-sia dan jauh dari tuntutan agama.
Perubahan tu susah, tapi aku perlu cuba. Aku kena cuba, aku mesti cuba. Aku perlu cari semula diri aku, tak berbaloi aku kekal jadi diri aku sekarang, sedangkan suatu masa dulu aku pernah jadi seseorang yang lebih baik. Lebih baik dari diri aku yang sekarang. Semoga Allah pelihara hati hati kita semua. Semoga Allah jauhkan kita semua dari maksiat dan perkara mungkar.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku sedar kesilapan aku, Allah pelihara aku dari tersasar ke arah yang lebih jauh.
Terima kasih ya Allah.
Kau maha berkuasa, maha pemurah, lagi maha mengasihani hamba-hamba mu. Segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam.
VIRGO GIRL
I write when I want, when I'm free and when I just feel that I want to write
Friday, 6 November 2015
Tuesday, 10 June 2014
Rezeki
Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini.
Kenapa saya berbicara soal rezeki adalah kerana sebenarnya saya baru mengetahui keputusan
peperiksaan pertengahan tahun . Alhamdulillah keputusan saya berada di tahap yang memuaskan dan kerana itulah saya ingin berbicara soal rezeki .
Tak perlu takut tengok result , kita kena yakin dengan rezeki Allah .
Bila kita dah berusaha setimpal dengan doa disertai tawakal tu 'alallah , jangan risau insyaAllah pasti Allah beri yang terbaik.
Rezeki mungkin bukan sekarang tapi mungkin suatu hari nanti dan yang paling utama jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT.
Mungkin rezeki yang melimpah ruah
Allah bagi bila kita masuk universiti ataupun bila kita dah bekerjaya .
Allah sayang semua hambanya.
Jangan sedih bila nampak orang lebih baik dari kita walhal sebenarnya
dia pernah terima ujian yang lebih berat dari kita , kita tak tahu.
Apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujiann terhadap diri kita dan bagaimanakah penerimaan kita.
Ujian yang Allah beri semua ada hikmahnya cuma sedarkah kita akan hikmahnya
Bila dapat ujian yang berat satu satunya cara kembali semula kepada
Allah , buat solat sunat kerana sebenarnya Allah rindukan rintihan kita .
Mengeluh , bersedih sendirian sehingga timbul perasaan marah bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
Kembali kepada fitrah kita sebagai umat Islam yang mempunyai Allah sebagai satu satunya tempat kita bergantung dan berharap.
InsyaAllah , semuanya pasti akan menjadi lebih baik .
Assalamualaikum .
Subscribe to:
Comments (Atom)