Tuesday, 10 June 2014

Rezeki

Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini.
Kenapa saya berbicara soal rezeki adalah kerana sebenarnya saya baru mengetahui keputusan
peperiksaan pertengahan tahun . Alhamdulillah keputusan saya berada di tahap yang memuaskan dan kerana itulah saya ingin berbicara soal rezeki .
Tak perlu takut tengok result , kita kena yakin dengan rezeki Allah .
Bila kita dah berusaha setimpal dengan doa disertai tawakal tu 'alallah , jangan risau insyaAllah pasti Allah beri yang terbaik.
Rezeki mungkin bukan sekarang tapi mungkin suatu hari nanti dan yang paling utama jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah SWT.
 Mungkin rezeki yang melimpah ruah Allah bagi bila kita masuk universiti ataupun bila kita dah bekerjaya . Allah sayang semua hambanya.
Jangan sedih bila nampak orang lebih baik dari kita walhal sebenarnya dia pernah terima ujian yang lebih berat dari kita , kita tak tahu.
Apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujiann terhadap diri kita dan bagaimanakah penerimaan kita.
Ujian yang Allah beri semua ada hikmahnya cuma sedarkah kita akan hikmahnya
Bila dapat ujian yang berat satu satunya cara kembali semula kepada Allah , buat solat sunat kerana sebenarnya Allah rindukan rintihan kita .
Mengeluh , bersedih sendirian sehingga timbul perasaan marah bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
Kembali kepada fitrah kita sebagai umat Islam yang mempunyai Allah sebagai satu satunya tempat kita bergantung dan berharap.
InsyaAllah , semuanya pasti akan menjadi lebih baik .
Assalamualaikum .



No comments:

Post a Comment